Refleksi
Ethan Lai Kai-Xian 0338538
Nama saya Ethan Lai Kai-Xian, dari Bachelor in Science ( Honours ) in Architecture di Taylor’s University.
Untuk modul TITAS, kami diberi tugasan untuk membuat analisis dan kajian tentang alat-alat musik tradisional Cina. Saya ditugaskan untuk membuat laman web untuk projek tersebut. Melalui tugasan ini, saya memperoleh pengalaman membuat laman web yang cekap, jelas dan estetik. Selain daripada itu, saya juga mengetahui kepentingan bekerjasama dan kepentingan merancang terlebih dahulu. Kerana situasi Covid, kami tidak boleh mengadakan perjumpaan fizikal dan kerana itu, kami harus bekerjasama dalam talian dan merancang tugas untuk memastikan bahawa kita mempunyai kemajuan yang cekap dan cemerlang.
​
Semasa saya membuat kajian tentang alat musik tradisional Cina, saya juga telah dapat memahami lebih banyak tentang alat musik tradisional Cina seperti, fungsi, bagaimana setiap alat musik dibuat dan digunakan. Sebagai orang cina, saya tidak pernah mempunyai pengalaman atau peluang untuk meneliti lebih lanjut tentang alat musik tradisional Cina dan selepas kajian ini, ia hanya membuka mata saya terhadap keindahan budaya cina dan terutama muzik mereka. Oleh kerana itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Taylor's Universiti dan Mr Zaim Azizi Bin Abu Bakar untuk pengalaman and peluang ini.