Konklusi
Kesimpulannya, muzik tradisional cina mewakili bangsa, budaya dan adat orang Cina di Malaysia. Alat muzik tradisional cina memainkan peranan yang penting bagi menjaga dan memelihara budaya cina dalam Malaysia. Selama lebih daripada 2000 tahun masyarakat Cina telah dikuasai oleh pengajaran ahli falsafah Confucius. Mereka percaya bahawa muzik merupakan gambaran sosial budaya masyarakat dan kepercayaan yang meliputi cara berfikir, bertindak dan mengatur.
Namun begitu, budaya cina seperti alat muzik tradisional cina semakin hilang antara orang cina di negara kita. Oleh kerana negara Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya, kita haruslah bersama-sama mengekalkan budaya tradisional bangsa lain supaya generasi muda kan berpeluang untuk mengetahui tentang budaya sendiri. Oleh itu, generasi muda harus sentiasa ,menghargai dan berusaha untuk memelihara khazanah muzik tradisional yang terdapat di Malaysia. Kita juga haruslah mencadangkan untuk menjaga alat muzik tradisional cina seperti menjalankan kempen tentang pengenalan alat muzik tradisional cina supaya alat muzik tidak hilang ditelan zaman.