top of page

Kajian

PI PA

Pipa dikategorikan sebagai alat muzik Kordofon. Ia merupakan alat muzik yang paling simbolik dan terkenal dalam Orkestra Cina. Sejarahnya bermula sejak lebih 2000 tahun dahulu.

 

Diperbuat- Kotak bunyinya diperbuat daripada kayu dan dipasang dengan 30 fret.Empat talinya ditala kepada A,D,E,dan A dengan jarak suara sebanyak empat setengah oktaf.

 

Fungsi- Rakyat bermain alat ini untuk mengatasi perasaan marah mereka kerana terpaksa membina Tembok Besar.

GU ZHENG

Guzheng dianggap sebagai salah sebuah alat muzik petikan yang tertua di China. Ia dicipta berasaskan "Zhu", iaitu sejenis alat muzik pukulan pada zaman purba.

 

Diperbuat- Alat muzik ini mempunyai sebuah kotak resonans yang berbentuk segi empat tepat yang leper. Di atas kotak resonans itu dipasang beberapa utas tali yang diregang dengan disokong oleh kayu penongkat (tiang kayu kecil). Pada asalnya, ia hanya mempunyai 5 utas tali sahaja. Melalui evolusi, jumlah talinya bertambah banyak.

 

Fungsi- Guzheng ini dimainkan dengan cara dipetik. Untuk memetik talinya, alat bantu berupa kuku palsu yang diperbuat daripada tempurung kura-kura atau plastik perlu dipakai pada jari pemainnya. Ketika membuat persembahan, jari kanan akan memetik tali untuk menghasilkan melodi, dan jari kiri menekan tali untuk mengawal melodi.

ER HU

Erhu dikategorikan sebagai alat Kordofon.Ia merupakan sejenis alat muzik gesekan bertali dua. Erhu adalah di antara alat muzik paling popular dalam keluarga Hu-qin di China.

 

Diperbuat- Badan Erhu digilap dengan rapi dan di bahagian hujungnya berbentuk naga sementara di bahagian bawahnya ialah kotak bunyi yang dipasangkan dengan kulit ular.

​

Fungsi- Di dalam Orkestra Cina,Erhu terbahagi kepada dua iaitu Erhu abad pertama dan abad kedua atau ringkasnya dipanggil Erhu pertama dan kedua. 

RUAN

Ruan ialah sejenis alat muzik petikan China yang dicipta pada zaman Dinasti Qin.

​

Diperbuat- Ruan terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kepala, pemegang dan badan. Kepalanya dihias dengan hiasan seni ukiran tulang seperti naga. Terdapat 4 batang tolok menala di kedua-dua belahnya. Badan Ruan ialah sebuah kotak resonans yang berbentuk bulat. Cara memainkannya hampir sama dengan cara memainkan Pipa.

 

Fungsi- Ruan selalu dimainkan dalam persembahan secara solo atau kumpulan.

LIU QIN

Liu Qin adalah alat muzik dalam kategori Kordofon.Ia merupakan alat muzik bertali yang dipetik seperti Pipa kecuali ia bersaiz lebih kecil dan bunyi seperti sebuah Mandolin.

​

Diperbuat- Liu Qin dipetik dengan satu alat pemetik yang diperbuat daripada tanduk tetapi sekarang alat pemetik ini diperbuat daripada plastik.

​

Fungsi- Ia digunakan juga untuk mengiringi Opera Cina dan nyanyian rakyat .Selain itu, ia digunakan untuk memainkan not-not yang tinggi di dalam Orkestra Cina.

DI ZI

Dizi adalah nama alat musik tiup berupa seruling horizontal yang berasal dari China, bentuk dan cara memainkannya pun hampir sama dengan seruling

​

Diperbuat- Dizi adalah instrumen tiup yang terbuat menggunakan bambu putih, bambu ungu, bambu eceng gondok, dan jenis bambu lainnya serta bahan lainnya.

​

Fungsi- Metode bermain Dizi adalah dengan ditiup posisi horizontal. Dizi umumnya digunakan dalam musik rakyat China seperti opera, orkestra rakyat China, Orkestra Simfoni Barat dan bahkan juga musik modern.

SUO NA

Suona, juga disebut laba atau haidi, adalah sejenis alatan muzik cina Sorna. Alatan ini merupakan suara yang keras dan bernada tinggi, dan sering digunakan dama ensembel muzik tradisional Cina.

​

Diperbuat- Suona serperti yang digunakan di China memilki badan kayu kerucut, mirip dengan tanduk gyaling yang digunakan oleh etnik Tibet, yang diperbuat dari logam, biasanya tembaga berbentuk tiub atau bocal tembaga di mana buluh kecil kecil dilekatkan, dan mempunyai loceng logam yang boleh dilepas di hujungnya.

​

Fungsi- Suona dapat menghasilkan bunyi bervariasi, dari suara yang sangat keras dan mendalam, sehingga sangat cocok untuk menggambarkan emosi kegembiraan dan kesedihan. Dimainkan pada acara pernikahan, prosesi pemakaman dan militer. Tetapi alat musik ini juga menjadi lembut dan sentimental, tergantung pada cara peniupan. Ia sering digunakan sebagai instrumen pendamping untuk opera-opera daerah Cina.

YANG QIN

YangQin ialah sebuah alat muzik Cina jenis kordofon.

​

Diperbuat- YangQin merupakan jenis zither dan mempunyai banyak tali. badannya dibuat dari kayu dalam bentuk rama-rama. tiap-tiap satu pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. tali logam sejumlah beberapa oktof semuanya, 2-6 set kekuda titian tali dibuat dari kayu. pemulas selaras dari logam didapati dikedua belah kotak suaranya.

​

Fungsi- YangQin digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.

ALAT PERKUSI CINA

GU

Gu merupakan gendang dua muka yang diperbuat dari kayu dan kulit diregangkan dan dipaku disisi rangkanya. Terdapat dua saiz gu iaitu xiao gu (kecil) dan da gu (besar). Gendang ini dipalu dengan pemalu kayu pada sebelah muka. Pemukul gendang besar pula dibaluti.

LUO

Luo ialah sejenis gong gantung yang tidak berbonggol diperbuat dari perunggu dan dipalu dengan pemalu kayu yang berbalut. Paluan dilakukan pada bahagian tengah luo yang mempunyai bingkai cetek serta dinding yang nipis.

BO

Bo ialah simbal tangan yang diperbuat dari perunggu dan berbonggol di bahagian simbal luar tersebut. Bo dicipta dalam berbagai-bagai ukuran untuk menghasilkan pic yang berbeza.

MUYU

Mu bermaksud kayu and Yu bermaksud ikan. Muyu ialah sejenis blok kayu yang berbentuk ikan. Pada awalnya, Muyu digunakan untuk mengiringi nyanyian sami Buddha.Ianya menghasilkan bunyi melalui ketukan di atas blok kayu yang telah diukir tersebut

bottom of page