Refleksi
Wallace Wong Le Heng 0339472
Dalam modul Tamadun Islam Dan Tamadun Asia ini, kita perlulah membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 10 orang ahli.Terdapat dua komponen yang haruslah diserahkan dalam modul ini iaitu tugasan bertulis dan juga persembahan video. Kedua-dua komponen terdapat 25 markah dalam modul ini. Dalam tugasan ini, kita bermula dengan memastikan tajuk kita melalui perbincangan dengan ahli-ahli lain. Selepas itu, kita membuat penyelidikan tentang tajuk yang dipilih iaitu ‘Seni muzik tradisional masyarakat Cina’. Kita membuat sebarang perbincangan melalui sosial media kerana kita tidak dapat bertemu dengan ahli lain disebabkan mco. Kita telah berbincang tentang dapatan kajian kita melalui penyelidikan dalam talian dan seterusnya menyampaikan kajian kita bersama ahli lain untuk menentukan data yang akan digunakan. Ini amat memerlukan komunikasi dan kerja berpasukan yang baik antara kita. Melalui tugan ini, saya dapat memahami kepentingan seni muzik tradisional terhadap kita dan juga generasi muda. Saya juga berpeluang mengetahui lebih banyak pengetahuan tentang seni muzik tradisional melalui tugan ini. Oleh itu, kita haruslah menjaga seni muzik tradisional supaya generasi muda juga mempunyai peluang untuk mengetahui seni muzik tradisional.