Refleksi
Teh Yann Jye 0339357
Nama saya Teh Yann Jye, saya sedang mengambil kursus Bachelor of Science in Architecture (Honours) di Taylor’s University. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mempelajari subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan lebih memahami tentang tradisi berbilang kaum di Malaysia.
Sepanjang projek ini, saya telah dapat memahami sejarah alat-alat muzik tradisional kaum Cina dengan mendalami. Sewaktu di sekolah menengah, alat-alat muzik tradisional ini selalu dimainkan oleh pelajar-pelajar dalam majlis-majlis yang berkaitan seperti sambutan Tahun Baru Cina. Namun begitu, saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang alat-alat muzik tersebut terlebih dahulu. Oleh itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada Taylor’s Universiti kerana mengizinkan saya meluaskan pengetahuan.
Akhir sekali, saya berterima kasih kepada ahli-ahli kumpulan yang memberi kerjasama yang secukup dan bertungkus lumus untuk menyelesaikan projek ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada Encik Zaim Azizi Abu Bakar atas dorongan dan bimbingan beliau dalam pelaksanaan projek ini.